Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 28 November 2011

Hasil Street Photography di Melaka

Assalamualaikum readers. Semalam aku pergi Melaka. Dua jam perjalanan dari
jam 9-10 lebih. Sampai, terus ambil bas pergi area bandar Merah kat Stadhuys.
Ramai gila orang ! Dan itu memudahkan photoshoot aku untuk snap aksi dan
gelagat mereka. Aku cuma guna DSLR aku dan lens 50mm (pinjam). Hasilnya
mungkin tak segempak mana, tapi okay kot untuk hantar sebagai assignment. :)

korean?
Demi sesuap nasi yang halal, bukan dengan meminta-minta...

Okay, tengah-tengah ambil gambar tu, hujan turun dengan lebatnya dan aku
terkandas di entrance muzium yang warna merah tu. Ada sorang uncle ni dia
pemain biola rupanya, sembang-punya sembang dia keluarkan biola dia dan
terus mainkan lagu Titanic,perform depan orang ramai yang berteduh juga kat
situ.


Uncle ni sangat friendly sampai aku pon kena petik gak biola tu (-_-') Hish !

Senyuman tu bukan sebab aku excited tapi sebab aku SEGAN GILERRRR
depan tu dah lah ramai orang, hadui...pose je lebih, bunyi tak keluar pon (-_-')

Cuaca hari tu tak menentu, cerah, mendung, hujan, lepas tu cerah balik, siap
panas terik lagi sampai aku sunburn ni ah (T_T) , lepas tu tiba-tiba je hujan,
berapa kali berlari cari tempat berteduh. Cuma aku tak tahu apa motor ni buat
kat tengah-tengah jalan dalam hujan tu :


Mungkin sebagai pembahagi jalan?

Kan.....? (-_-') 

Lepas dah tak larat nak ambil gambar, aku pergilah masuk DP, makan. Lapar
woO satu hari tak makan, breakfast sandwich je. Lepas makan, round dalam
Dp, banyak gila sale tapi aku malas ah nak layan sale-sale ni. (-_-') Kena jimat!
Duit dalam akaun tidak membenarkan !! Lepas tu, baliklah Melaka Sentral, tiket
balik Shah Alam jam 8 malam. Naik Transnasional. Lepas ni memang aku tak nak
naik lagi Trans tu. Perangai driver masing-masing menyusahkan orang.

*Middle finger to WBS 6595's driver yang drive bas tu semalam;
jam 8 malam, Melaka to Shah Alam*

Okay itu je cerita dan hasil trip aku ke Melaka. Any komen? 
Thank Q readrs for read this (n_n)



4 comments:

Sha said...

cantik..menarik :)

owner : Lynn said...

Sha : thank Q my friend (n_n)

Fyfy Liew said...

korean tu,korean made in china. haha. korea palsu!

owner : Lynn said...

fyfy : yeke, tgk cam korea betul jer..haha.. :p