Zaman dah berubah, dunia dah makin maju dan advanced.
Semuanya berubah mengikut peredaran zaman kan. Semua
harus up-to-date, semua harus berani dicuba dan haruslah
open minded. Tak kurang juga dengan golongan isteri-isteri
zaman sekarang ni.
1. Tak pandai memasak
Tak ada masa nak belajar sebab sibuk pergi shopping, duduk berejam
dekat salon, buat manicure pedicure bagai, mana nak spa, mana nak
sauna lagi. Hish, lagi pon tak rela nak kotorkan kuku dengan bahan-bahan
dan rempah bila memasak nanti kan.
2. Duit lebih, sayang lebih
Isteri yang materialistik sangat. Duit dia, duit dia lah, duit suami kena share
dengan dia atas alasan nafkah katanya, kenalah bagi. Kalau tak bagi, mula
lah ugut nak itu nak ini. Mata tu memang nampak duit je.
3. Plastik
Bila dia nak kan sesuatu, baik macam malaikat. Suami dilayan dengan penuh
sopang-santung (lebih daripada sopan-santun) dan lemah lembut sampaikan
suami mungkin terdetik dalam hati, 'Eh motif bini aku ni, buang tebiat ke apa?'
Cuba kalau takde pape, haram dia nak layan suami sebaik itu.
4. I hang out with my friends, you hang out with yours
Nampak macam seronok sebab dapat kebebasan tapi sebenarnya inilah
sebab-sebab kecil yang boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk
iaitu penceraian. Yelah, kalau dah masing-masing sibuk keluar have fun
dengan crowd masing-masing, lama-lama kemesraan antara suami isteri tu
akan hilang, takde conversation dan takde spend time together.
5. I tak halang you, you jangan halang I
Ditekankan kepada gaya dan pakaian isteri. Ada sesetengah suami yang
tak suka bila isteri pakai dedah-dedah sangat dan mereka terus menegur.
Tapi dalam zaman yang konon moden ni, isteri-isteri moden telah meletakkan
syarat ini agar suami tak menghalang apa yang dia nak pakai. Dictator !
6. Busy memanjang
Sibuk dengan apa? Yelah, sibuk dengan persatuan-persatuannya,bisnez lagi,
nak jaga tepi kain orang lagi kan, kena lah tahu semua gossip jiran-jiran,
barulah orang semua datang kat kita ala-ala jadi bahan rujukan lah, sebab
semua gossip ada dalam genggaman. Anak suami kat rumah terbiar.
7. Flirting
Ops ! Zaman moden okay, ini semua macam dah lumrah ( Na'uzubillah)
Isteri-isteri pakai cantik-cantik, pergi office dan flirting dengan jantan-
jantan kat luar. Berdosa tau ! Korang tak payah nak hot sangat kat
office, hot lagi kat 'sana' nanti tau.
Itu jelah buat masa ni yang aku terfikir di fikiran. TQ readers sudi
baca entry ini. (n_n)
No comments:
Post a Comment